PENDAHULUAN
Sains
adalah satu kajian secara sistematik berkenaan alam semulajadi dan juga bagaimana
alam semulajadi ini memberi kesan kepada kita dan persekitaran. Informasi yang
diperolehi melalui kajian secara saintifik dikenali sebagai pengetahuan saintifik.
Melalui pengetahuan saintifik ini banyak
pengetahuan serta penemuan baru diperolehi.Aplikasi
kepada pengetahuan saintifik untuk kegunaan manusia pula dikenali sebagai
teknologi. Manusia menggunakan teknologi dalam setiap aspek kehidupannya. Oleh
itu, sains merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian kita.
Pelbagai
ciptaan berdasarkan sains dan teknologi telah membantu manusia dalam kehidupan
seharian. Dengan
kemajuan dalam bidang sains dan teknologi ini pelbagai
ciptaan telah diperkenalkan untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja manusia,
di samping memberikan hasil yang lebih bermutu. Ini telah memberi
banyak manafaat kepada manusia terutamanya dalam bidang domestik, pengangkutan,
pertanian, komunikasi dan perubatan.
BIDANG
DOMESTIK
Dalam
bidang ini sains membantu manusia melakukan kerja-kerja seharian dengan lebih
mudah dan cepat. Banyak masa dapat dijimatkan dan masa ini boleh digunakan
untuk memberi tumpuan kepada keluarga dan kerjaya. Contohnya ; periuk memasak
nasi elektrik, cerek elektrik dan mesin pengisar mampu membantu para ibu semasa
memasak.
Selain daripada itu, mesin pencuci pakaian dan
penyedut hampagas ( vacuum cleaner ) pula dapat membantu para ibu meringankan
tugas mereka semasa mengemas rumah.Selain
daripada itu sains juga menjadikan kehidupan lebih selesa di mana kipas angin
atau penghawa dingin dapat menyejukkan bilik yang panas, pelbagai jenis lampu
menerangi malam yang gelap dan tilam yang empuk untuk tidur yang lena.

PENGANGKUTAN



Mesin yang dicipta oleh sains dapat membantu mengangkat
dan memindahkan barang-barang berat untuk kerja-kerja pertanian atau
memindahkan hasil-hasil pertanian. Selain
daripada itu, terdapat juga mesin yang dapat membantu melakukan kerja-kerja
yang sukar seperti membajak tanah, menggemburkan tanah dan menuai hasil
tanaman. Semua mesin-mesin ciptaan sains ini mampu menjimatkan masa para petani dan juga
meningkatkan mutu dan hasil pengeluaran tanaman.
Sains juga berjaya menghasilkan biji benih yang bermutu tinggi dan dapat meningkatkan hasil tanaman. Contohnya : padi hibrid iaitu padi yang dihasilkan melalui kaedah bioteknologi percantuman dan
kacukan daripada beberapa jenis benih terbaik yang berlainan bagi menghasilkan
produk baru lebih berkualiti.Dari segi benih, kaedah biasa tabur terus menggunakan 80 hingga 200
kilogram biji benih sehektar. Manakala padi hibrid hanya memerlukan 20 hingga
25 kilogram biji benih untuk keluasan yang sama. Melihat kepada faktor produktiviti, padi hibrid
mampu mengeluarkan sehingga 15 tangkai bagi satu perdu dengan biji padi
melebihi 200 biji berbanding padi biasa bagi satu perdu hanya mengeluarkan
kira-kira tujuh tangkai dengan purata 100 biji. Hasil padi hibrid juga tinggi iaitu bagi
sehektar ia mampu mengeluarkan sehingga tujuh tan berbanding antara empat dan
lima tan bagi padi biasa.
Penggunaan racun serangga yang dicipta oleh sains untuk
mengelakkan serangan serangga perosak mampu meningkatkan hasil tanaman. Penggunaan
racun bergantung kepada peringkat tumbesaran tanaman. Contohnya, racun kulat
pada peringkat penyemaian,biji benih untuk mencegah penyakit lecur anak
pokok,kemudian racun serangga untuk mencegah penyakit serangga perosak seperti
kutu trip dan hamama dan akhirnya racun untuk mencegah serangan perosak di
peringkat berbuah.
Penggunaan baja kimia dan baja organik adalah untuk
menambahkan kesuburan tanih. Ini adalah untuk memastikan tanah mampu
membekalkan nutrisi yang secukupnya kepada tanaman agar dapat meningkatkan
pengeluaran dan tanaman yang dihasilkan bermutu tinggi.

Sains juga mencipta teknik penanaman tanpa
menggunakan tanah yang dikenali sebagai teknik hidroponik. Penanaman secara hidroponik ialah satu kaedah
menanam tumbuhan tanpa menggunakan tanah. Kaedah ini menggunakan larutan zat
makanan di dalam takungan yang berisi air. Ianya amatlah mudah dan tidak
memerlukan penjagaan yang rumit. Terdapat beberapa sistem penanaman secara
hidroponik tetapi “hidroponik takung” adalah yang disyorkan bagi wargakota
kerana mereka mempunyai kawasan untuk bertanam yang terhad
KOMUNIKASI
Dalam bidang ini sains membantu
manusia berkomunikasi dua hala dengan lebih cepat dan
pantas melalui penggunaan telefon, telefon bimbit, mesin faksimili dan
komputer. Komunikasi secara global boleh dilakukan melalui penggunaan satelit,
e-mail dan internet. Pelbagai maklumat boleh diperolehi secara cepat dan mudah
melalui penggunaan internet.
Televisyen pula adalah merupakan alat untuk berkomunikasi secara sehala. Pelbagai maklumat boleh disampaikan melalui televisyen. Manusia juga boleh mendapatkan maklumat daripada televisyen. Radio juga merupakan alat komunikasi sehala tetapi hanya menggunakan suara sahaja.
PERUBATAN
Dalam
bidang perubatan, sains membantu mempertingkatkan taraf
kesihatan manusia melalui penciptaan pelbagai kaedah dan peralatan canggih untuk mengesan dan menyembuhkan pelbagai
penyakit berbahaya pada masa kini. Penyakit yang dapat dikesan pada peringkat
awal, memberikan peluang yang besar untuk sembuh.
Stetoskop. termometer dan mesin
pengukur tekanan darah( tensimeter ) adalah antara alatan asas yang dicipta
oleh sains untuk menentukan tahap kesihatan manusia secara umum. Stetoskop
digunakan untuk mengesan ketidaksempurnaan denyutan jantung atau paru-paru.
Pengukur tekanan darah digunakan untuk mengukur tekanan darah dan termometer
pula untuk mengukur suhu badan.

Sains juga memberi manafaat kepada manusia melalui penciptaan dan penemuan ubat-ubatan, antibiotik, vitamin dan mineral untuk membantu menyembuhkan penyakit ataupun mengurangkan rasa sakit. Kemajuan sains dan teknologi juga membolehkan pakar-pakar perubatan menghasilkan ubat yang lebih berkesan untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
PENUTUP
Penyelidikan dalam bidang sains
menghasilkan banyak penciptaan dan penemuan baru untuk membantu manusia
menjalani kehidupan seharian dengan
lebih mudah, cepat dan selesa. Manafaat yang diperolehi oleh manusia
melalui sains menggalakkan lagi lebih banyak penemuan baru dicipta/diperolehi.
panjangnya!!!!!!!!!!!!!
BalasPadamSangat panjang
PadamSangat panjang
Padamsangat panjang.ia boleh membantu kerja sekolah saya.ayat dia pon menarik.saya suka
Padamt.kasih...
BalasPadamambil sikit idea eh
t.kasih...
BalasPadamambil sikit idea eh
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamApalah
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadambanyak isi isi penting
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamTq ya....sangt bermanfaat untk saya....;-):-)
BalasPadamuhhhhhhmmmmmmm
BalasPadamuhhhhhhmmmmmmm
BalasPadamBugus utk membantu kerja sekolah saye tq
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamBagus...
BalasPadambanyak isi penting ... i guna untuk karangan... bagus
BalasPadamtolong masukkan kepentingan terhadap kejuruteraan jugak tq
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamBuatlah sendiri
Padamhai.....hai.....
BalasPadamBoikkk la
BalasPadamBagus sangat²....Terima kasih...
BalasPadamSpread love from ump,malaysia
BalasPadamhttp://www.ump.edu.my/sayangump/index.php?userid=SB16089
wow..walaupun pnjang,ttapi ianya
BalasPadamsgt brmanfaat utk sye sbagai calon upsr..
tq
BalasPadamAssalamualaikum, mohon c/p maklumat di sini ya. Terima kasih!
BalasPadamTah
BalasPadamTah
BalasPadamTah
BalasPadamSangat baik ! Dapat digunakan dalam karangan rencana saya ! (Saya pasti akan menyatakan sumbernya)
BalasPadamMana bidang pendidikan
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamKepentingan Sains Dalam Kehidupan Seharian
BalasPadamBdnsnsnansmakaoaoksmd
BalasPadam