Isnin, 20 Mei 2013

GERHANA BULAN

Gerhana bulan terjadiapabila sebagian atau keseluruhan  bulan tertutup oleh bayangan bumi. Itu terjadi bila bumi berada di antara matahari dan bulan pada satu garis lurus yang sama, sehingga sinar Matahari tidak dapat mencapai bulan karena terhalang oleh bumi.


GERHANA MATAHARI

Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari samada separa atau sepenuhnya. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.

Cara Mengekalkan Suhu Badan Ketika Sejuk

Pendahuluan
Jika ingin meminimumkan penggunaan tenaga badan ketika sejuk, kita mesti menitikberatkan pengekalan suhu di bahagian kepala. Ini adalah kerana terdapat banyak kelenjar darah di bahagian ini. Kitaran darah juga aktif di mana mudah menghilangkan suhu badan. Inilah antara sebabnya mengapa anak-anak yang demam panas diletakkan tuala basah di kepala  atau menggunakan cool fever. Secara umumnya, kehilangan tenaga haba di kepala, leher, tangan dan kaki terdedah pada udara sejuk merupakan 40% - 50% daripada seluruh badan.  Berikut adalah beberapa cara untuk mengekalkan suhu badan.
                                                         
   

Pakai Baju Bersih
Kesan pemanasan baju kotor kurang efisien kerana kehilangan suhu badan mudah berlaku.

Pakai Beberapa Helai Baju Longgar
Baju ketat tidak boleh membentuk ruang udara yang panas antara baju dengan baju yang lain. Malah ia mengurangkan kitaran darah. Berbanding memakai sehelai baju tebal, badan akan berasa lebih panas sekiranya memakai beberapa helai baju nipis.

Pastikan Baju Sentiasa Kering
Sekiranya jaket di lapisan paling luar bukan bersifat kalis air, ia akan basah bila terkena air. Apabila baju basah, kesan pemanasan akan segera turun. Oleh itu pastikan baju sentiasa kering.

Elakkan Pemanasan Melampau
Peluh juga membasahkan baju dan mengurangkan kesan pemanasan, Penyejatan peluh turut membawa haba daripada badan. Lebih elok pakai baju yang nipis atau tanggalkan bahagian tangan untuk mengelakkan kehilangan air disebabkan berpeluh.

Penutup
Allah mengurniakan kepada manusia akal untuk berfikir dan berikhtiar untuk keselesaan hidup kita melalui hasil daripada kajian saintifik.

Bagaimana Haiwan Mengatasi Masalah Kesejukan

Pendahuluan
Haiwan yang tinggal di kawasan sejuk melampau  atau empat musim yang memiliki perubahan cuaca mendadak perlu menyesuaikan diri dalam keadaan sekeliling yang ekstrem.

Rupa Luaran
Saiz fizikal haiwan-haiwan ini biasanya  lebih besar daripada haiwan yang sama spesies yang hidup di kawasan lain. Ini adalah kerana semakin besar saiz haiwan, semakin perlahan ia kehilangan haba

                   

Haiwan-haiwan di kawasan ini juga mempunyai telinga,hidung, ekor dan kaki yang kecil dan bulat. Ini adalah untuk mengurangkan luas permukaan yang terdedah agar kurang haba dibebaskan daripada badan mereka. Contohnya: rubah fenec bertelinga besar sedangkan rubah artik bertelinga kecil.

                          

Bertukar Bulu
Terdapat juga haiwan yang akan menggantikan bulu lama dengan bulu baru. Penggantian ini berlaku sekali atau dua kali setahun. Untuk menangani cuaca sejuk melampau, biasanya bulu yang digantikan adalah lebih tebal.Contoh :  rubah artik  berbulu perang gelap pada musim panas dan bertukar putih pada musim sejuk.
                       

Penutup
Lihatlah betapa indahnya ciptaan Allah yang maha bijaksana. Sains membantu kita mengenali dan mengagungkan Allah.

Selasa, 7 Mei 2013

Kepentingan Sains Dalam Kehidupan Harian

          PENDAHULUAN
Sains adalah satu kajian secara sistematik berkenaan alam semulajadi dan juga bagaimana alam semulajadi ini memberi kesan kepada kita dan persekitaran. Informasi yang diperolehi melalui kajian secara saintifik dikenali sebagai pengetahuan saintifik. Melalui pengetahuan saintifik ini  banyak pengetahuan serta penemuan baru diperolehi.Aplikasi kepada pengetahuan saintifik untuk kegunaan manusia pula dikenali sebagai teknologi. Manusia menggunakan teknologi dalam setiap aspek kehidupannya. Oleh itu, sains merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian kita.
           Pelbagai ciptaan berdasarkan sains dan teknologi telah membantu manusia dalam kehidupan seharian. Dengan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi ini pelbagai ciptaan telah diperkenalkan untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja manusia, di samping memberikan hasil yang lebih bermutu. Ini telah memberi banyak manafaat kepada manusia terutamanya dalam bidang domestik, pengangkutan, pertanian, komunikasi dan perubatan.  
BIDANG DOMESTIK
            Dalam bidang ini sains membantu manusia melakukan kerja-kerja seharian dengan lebih mudah dan cepat. Banyak masa dapat dijimatkan dan masa ini boleh digunakan untuk memberi tumpuan kepada keluarga dan kerjaya. Contohnya ; periuk memasak nasi elektrik, cerek elektrik dan mesin pengisar mampu membantu para ibu semasa memasak. 
        
 Selain daripada itu, mesin pencuci pakaian dan penyedut hampagas ( vacuum cleaner ) pula dapat membantu para ibu meringankan tugas mereka semasa mengemas rumah.Selain daripada itu sains juga menjadikan kehidupan lebih selesa di mana kipas angin atau penghawa dingin dapat menyejukkan bilik yang panas, pelbagai jenis lampu menerangi malam yang gelap dan tilam yang empuk untuk tidur yang lena.
  
                                       

                           


PENGANGKUTAN

            Sains telah menjadikan pengangkutan lebih mudah, cepat dan lebih selesa. Kapal terbang dapat membantu manusia untuk sampai ke destinasi yang jauh dengan cepat. Ini dapat menjimatkan masa dan dapat mengelakkan manusia letih kerana berada lama di dalam perjalanan. Selain daripada itu ruang dan tempat duduknya  pula direka untuk keselesaan penumpangnya.

  Kereta yang pelbagai jenis dan jenama direka supaya boleh bergerak dengan laju dan licin untuk keselesaan pemandu dan penumpang.Komuter dan monorail merupakan pengangkutan awam yang dapat membantu manusia mengurangkan kesesakan jalan raya.
                                               

Basikal dan motorsikal yang dicipta oleh sains dapat digunakan di lorong-lorong atau jalan yang sempit dan juga dapat membantu manusia mengharungi kesesakan jalanraya.




Sains juga membantu merekabentuk jalanraya dan lebuhraya yang lebih baik dan selesa untuk mengelakkan kemalangan. Jalanraya dan lebuhraya sangat penting untuk menghubungkan antara dua tempat.



                                              PERTANIAN
Mesin yang dicipta oleh sains dapat membantu mengangkat dan memindahkan barang-barang berat untuk kerja-kerja pertanian atau memindahkan hasil-hasil pertanian. Selain daripada itu, terdapat juga mesin yang dapat membantu melakukan kerja-kerja yang sukar seperti membajak tanah, menggemburkan tanah dan menuai hasil tanaman. Semua mesin-mesin ciptaan sains ini mampu  menjimatkan masa para petani dan juga meningkatkan mutu dan hasil pengeluaran tanaman.      
                                                                                                                     

Sains juga berjaya menghasilkan biji benih yang bermutu tinggi dan dapat meningkatkan hasil tanaman. Contohnya : padi hibrid iaitu padi yang dihasilkan melalui kaedah bioteknologi percantuman dan kacukan daripada beberapa jenis benih terbaik yang berlainan bagi menghasilkan produk baru lebih berkualiti.Dari segi benih, kaedah biasa tabur terus menggunakan 80 hingga 200 kilogram biji benih sehektar. Manakala padi hibrid hanya memerlukan 20 hingga 25 kilogram biji benih untuk keluasan yang sama. Melihat kepada faktor produktiviti, padi hibrid mampu mengeluarkan sehingga 15 tangkai bagi satu perdu dengan biji padi melebihi 200 biji berbanding padi biasa bagi satu perdu hanya mengeluarkan kira-kira tujuh tangkai dengan purata 100 biji. Hasil padi hibrid juga tinggi iaitu bagi sehektar ia mampu mengeluarkan sehingga tujuh tan berbanding antara empat dan lima tan bagi padi biasa.
                                             

Penggunaan racun serangga yang dicipta oleh sains untuk mengelakkan serangan serangga perosak mampu meningkatkan hasil tanaman. Penggunaan racun bergantung kepada peringkat tumbesaran tanaman. Contohnya, racun kulat pada peringkat penyemaian,biji benih untuk mencegah penyakit lecur anak pokok,kemudian racun serangga untuk mencegah penyakit serangga perosak seperti kutu trip dan hamama dan akhirnya racun untuk mencegah serangan perosak di peringkat berbuah.   
Penggunaan baja kimia dan baja organik adalah untuk menambahkan kesuburan tanih. Ini adalah untuk memastikan tanah mampu membekalkan nutrisi yang secukupnya kepada tanaman agar dapat meningkatkan pengeluaran dan tanaman yang dihasilkan bermutu tinggi.



TIMUN
Sains juga mencipta teknik penanaman tanpa menggunakan tanah yang dikenali sebagai teknik hidroponik. Penanaman secara hidroponik ialah satu kaedah menanam tumbuhan tanpa menggunakan tanah. Kaedah ini menggunakan larutan zat makanan di dalam takungan yang berisi air. Ianya amatlah mudah dan tidak memerlukan penjagaan yang rumit. Terdapat beberapa sistem penanaman secara hidroponik tetapi “hidroponik takung” adalah yang disyorkan bagi wargakota kerana mereka mempunyai kawasan untuk bertanam yang terhad                                                 
                                                      KOMUNIKASI

Dalam bidang ini sains membantu manusia berkomunikasi dua hala dengan lebih cepat dan pantas melalui penggunaan telefon, telefon bimbit, mesin faksimili dan komputer. Komunikasi secara global boleh dilakukan melalui penggunaan satelit, e-mail dan internet. Pelbagai maklumat boleh diperolehi secara cepat dan mudah melalui penggunaan internet.
                                           
Televisyen pula adalah merupakan alat untuk berkomunikasi secara sehala. Pelbagai maklumat boleh disampaikan melalui televisyen. Manusia juga boleh mendapatkan maklumat daripada televisyen. Radio juga merupakan alat komunikasi sehala tetapi hanya menggunakan suara sahaja.
                                  .      
PERUBATAN
            Dalam bidang perubatan, sains membantu mempertingkatkan taraf kesihatan manusia melalui penciptaan pelbagai kaedah dan peralatan canggih  untuk mengesan dan menyembuhkan pelbagai penyakit berbahaya pada masa kini. Penyakit yang dapat dikesan pada peringkat awal, memberikan peluang yang besar untuk sembuh.

            Stetoskop. termometer dan mesin pengukur tekanan darah( tensimeter ) adalah antara alatan asas yang dicipta oleh sains untuk menentukan tahap kesihatan manusia secara umum. Stetoskop digunakan untuk mengesan ketidaksempurnaan denyutan jantung atau paru-paru. Pengukur tekanan darah digunakan untuk mengukur tekanan darah dan termometer pula untuk mengukur suhu badan.
Mesin linear accelerator pula digunakan untuk radioterapi. Mesin ini memancarkan radiasi untuk membunuh sel kanser tanpa memengaruhi bahagian badan yang lainnya.






Sains juga memberi manafaat kepada manusia melalui penciptaan dan penemuan ubat-ubatan, antibiotik, vitamin dan mineral untuk membantu menyembuhkan penyakit ataupun mengurangkan rasa sakit. Kemajuan sains dan teknologi juga membolehkan pakar-pakar perubatan menghasilkan ubat yang lebih berkesan untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.   


PENUTUP
            Penyelidikan dalam bidang sains menghasilkan banyak penciptaan dan penemuan baru untuk membantu manusia menjalani kehidupan seharian dengan  lebih mudah, cepat dan selesa. Manafaat yang diperolehi oleh manusia melalui sains menggalakkan lagi lebih banyak penemuan baru dicipta/diperolehi.